Mungkin pertama kali anda dengar NUFERA! Apakah itu Nufera? Nufera berasal dari nama saintifik bagi pokok kelapa iaitu Cocos nucifera. Keterangan lanjut mengenai spesis ini boleh dirujuk dalamEnsaiklopedia Wikipedia.
Di Malaysia, nama Nufera dirujuk kepada Minyak Kelapa Dara (MKD) atau Virgin Coconut Oil (VCO). Nufera Iman adalah jenama bagi MKD yang dihasilkan oleh syarikat kami Iman Nufera Enterprise.
MKD adalah anugerah Tuhan yang tersembunyi sekian lama. Selepas banyak kajian dilakukan, MKD diiktiraf dunia perubatan sebagai pemakanan berfungsi yang sangat banyak khasiatnya (Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA).
MKD mempunyai banyak fungsi antaranya adalahsifat anti virus, anti kulat, anti bakteria, dan anti parasit yang bertindak mengawal pelbagai penyakit dan meningkatkan daya tahan badan (Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA).
Fungsi ini menyebabkan MKD menjadi minyak yang paling menyihatkan di dunia (Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA).
MKD Nufera Iman dihasilkan dari santan kelapa melalui proses bioteknologi. Tiada haba atau bahan kimia digunakan. Mikroorganisma dilibatkan dalam proses menghasilkan ekstrak minyak tersebut. Proses ini berlaku agak lama menyebabkan penghasilan Nufera Iman adalah agak sukar.
MKD Nufera Iman mengandungi asid laurik yang menyebabkan bau dan rasanya agak masam. Bagaimanapun inilah petanda keaslian Nufera berbanding minyak kelapa. Berbeza dengan minyak kelapa. Minyak kelapa dihasilkan dari santan kelapa juga namun ia melibatkan penggunaan tenaga haba yang boleh merubah struktur dan fungsi kimianya.
Pakar pemakanan dan farmasi menemukan pelbagai khasiat Minyak Kelapa Dara Asli (MKDA) antaranya adalah untuk:
A. Pertahanan Badan:
|
B. Mengurangkan risiko dan kesan bagi penyakit:
|
C. Memperbaiki kesihatan dan kecantikan:
|
Maklumat di atas menunjukkan bahawa Minyak Kelapa Dara/ Nufera mempunyai 1001 macam khasiat dan kegunaannya. Jika demikian..sudah sewajarnya anda menggunakannya.
Proses fementasi MKD NI
Produk pertama syarikat Iman Nufera Enterprise ini mengguna kandungan asli minyak kelapa dara, dibotolkan dalam botol kaca untuk memenuhi jangka hayat selama 2 tahun dan untuk memudahkan kegunaan rawatan luar (disapu) atau diminum. Disarankan sentiasa ada dalam simpanan keluarga di rumah atau sentiasa dibawa bermusafir.
Nufera Iman di bawa kepada anda secara mudah melalui jualan online. Di samping menikmati khasiatnya yang cukup istimewa, dalam masa yang sama anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan menjadi agen dropship atau stokis kami.
Harga Pasaran:
Sebotol Nufera Iman = RM19.80
Harga Promosi 6 botol Nufera Iman = RM88.80
Harga Stokis 12 botol Nufera Iman = RM129.60